Mike Pompeo. foto Agensi

WASHINGTON – Setiausaha Negara, Mike Pompeo menyalahkan Iran kerana menyerang tangki-tangki minyak di Teluk, sambil mendakwa ia merupakan cubaan Tehran untuk menaikkan harga minyak global.

“Ini adalah usaha Iran untuk menaikkan harga minyak mentah di seluruh dunia,” katanya sambil memaklumkan beliau ada bukti pembabitan Tehran.

Sebelum ini, Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat, John Bolton berkata, bukti pembabitan Iran di sebalik serangan itu akan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan.

Pemimpin-pemimpin Arab sedang bermesyuarat di Mekah untuk membincangkan tentang serangan dron di pusat penyimpanan minyak di Arab Saudi dan serangan empat kapal termasuk milik Riyadh awal bulan ini.

Tetapi Tehran telah menafikan perkara itu.

Wakil Amerika Syarikat ke Iran, Brian Hook telah memberi amaran bahawa negaranya akan memberi tindak balas dengan ketenteraan jika kepentingannya diserang oleh Iran. – MalaysiaGazette