Penyokong Liverpool yang bogel di khalayak ramai dan berkelakuan tidak senonoh semasa perlawana akhir Liverpool menentang Spurs ditahan polis

MADRID – Seorang penyokong Liverpool ditahan polis kerana melakukan perbuatan tidak senonoh menggunakan alat sulitnya dalam keadaan bogel dihadapan penyokong bola sepak perlawanan akhir Liga Juara Juara Eropah.

Suspek berusia 33 tahun juga didakwa telah menyerang pelancong Itali dan juga polis yang terlibat dalam tugas mengawal keselamatan sepanjang perlawanan di Stadium Atletico Madrid malam tadi.

Suspek yang tidak dinamakan polis dilihat berada dalam kalangan sekumpulan penyokong di hadapan kawasan berparti , Puerta de Sol Madrid.

Suspek telah berada dalam keadaan mabuk dan disumbat dalam lokap ketika keputusan memihak 2-0 kepada Liverpool yang mengalahkan Spurs.

Saksi kejadian mendakwa lelaki tidak dikenali itu memanjat pagar pentas tempat berparti itu dan membuka pakaiannya sebelum cawan plastik dicampak ke arahnya.

Kemudian suspek dikatakan telah bertindak melakukan perbuatan tidak senonoh menggunakan alat sulitnya dalam keadaan bogel untuk melepaskan nafsunya secara liar seperti gorila.

Seorang pelancong wanita Itali mendakwa suspek memasukkan tangan ke dalam skirt sebelum memukul kepalanya.

Mangsa cedera di kepala sebelum dikejarkan ke pasukan paramedik untuk rawatan lanjut.

Saksi juga mendakwa mangsa wanita Itali telah dibawa ke hospital untuk pengimbasan sebelum mengedarkan maklumat suspek kepada polis untuk tindakan lanjut.

Suspek juga dikatakan bertindak agresif menumbuk polis yang hadir ke lokasi untuk menangkapnya dalam kejadian di sebuar bar di Puerta de Sol sebelum ditangan suspek digari.

Polis mengesahkan kes telah difailkan ke atas suspek yang merupakan seorang penyokong Liverpool warga Britain.

Dia merupakan antara lima suspek yang ditahan polis pada malam Jumaat di Madrid kerana terlibat dalam pergaduhan.

Salah seorang penyokong Liverpool juga ditahan kerana cuba memasuki Stadium Wanda Metropolitan dengan dadah terlarang.- MalaysiaGazette