KUALA LUMPUR – Kerajaan nampaknya komited dalam membayar ‘balik’ wang Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sebelum ini gagal dikreditkan kepada hampir 350,000 penerima kerana masalah teknikal berkaitan dengan akaun bank.
Walaupun sebelum ini, Kementerian Kewangan melalui menterinya, Lim Guan Eng ada memberi jaminan wang itu akan dibayar pada 14 Jun depan namun khabar baik apabila kerajaan telah mempercepatkan tarikh itu kepada 4 Jun.
Bank Simpanan Nasional (BSN) telah berjaya mewujudkan akaun bank baharu secara automatik sejak semalam dan pengaktifan akuan sekaligus pengeluaran boleh dilakukan bermula hari ini.
Sebelum ini wujud komplikasi berikutan sebilangan penerima BSH 2019 telah mendaftarkan nombor akaun bank suami dan ia mengagalkan pengkreditan akaun kerana nombor akaun tersebut bukan di bawah nama isteri.
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan BSN telah menyediakan akuan baharu penerima atas nama isteri dan boleh hadir ke mana-mana cawangan berdekatan bagi pengeluaran tunai bermula hari ini.
“Penerima boleh hadir ke cawangan BSN bagi urusan pengaktifan akuan seterusnya penegleuaran tunai daripada akauan tersebut bermula hari ini dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian bebas tol di 1800-88-2747,” katanya.
Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa kedua akan dilaksanakan mulai 28 Mei ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.42 billion.
Daripada jumlah tersebut, seramai 0.3 juta tidak menerima BSH selepas bayaran itu tidak dapat dikreditkan ke dalam akuan bank kerana nombor tidak tepat dan borang tidak di isi dengan betul.
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pembayaran fasa kedua itu adalah berdasarkan kategori yang merangkumi bilangan anak tanggungan dan nilai BSH 2019 yang akan diterima.
Katanya, kadar BSH yang akan diterima mengambil kira 3.23 juta anak penerima berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur mereka. –MalaysiaGazette
















