KOTA KINABALU – Hujan lebat sejak 2 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandaraya ini dilanda banjir kilat dan puluhan kenderaan ditenggelami air.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata antara kawasan terjejas adalah di sekitar Hospital Queen Elizabeth I, serta beberapa kawasan lain di Tanjung Aru, Lido, dan Maktab Sabah.

“Bomba setakat ini ada menerima panggilan di satu dua tempat yang terlibat banjir kilat dan kini pemantauan sedang dilaksanakan,” kata kenyataan itu.

Tinjauan Bernama juga mendapati beberapa kawasan lain seperti di Rugading, Telipok turut terjejas akibat banjir sehingga tidak dapat dilalui kenderaan, namun keadaan banjir berkenaan sudah beransur pulih.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran bahawa ribut petir dijangka berterusan di seluruh kawasan Sabah sehingga jam 8 malam tadi.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast