Fedor Chalov dalam radar Arsenal

LONDON – Arsenal mengintai penyerang CSKA Moscow Fedor Chalov untuk memperkuatkan jentera serangan pasukan itu pada musim hadapan.

Pemain berusia 21 tahun itu dipantau Pengurus the Gunners, Unai Emery sejak beberapa bulan lalu.

Chalov merupakan penjaring terbanyak dalam liga Rusia dengan meledakkan 15 gol dalam 30 penampilan.

Chalov juga pernah beraksi untuk pasukan kebangsaan Rusia dan menjaringkan beberapa gol dalam Liga Juara-Juara Eropah termasuk kemenangan 3-0 ke atas Real Madrid di Bernabeu pada Disember lalu.

Menurut sumber SkySports, Arsenal dijangka berdepan saingan dari beberapa kelab gergasi Eropah iaitu Monaco dan Sevilla.

Selepas tewas pada final Liga Europa kepada Chelsea, Emery lebih serius mahu melakukan rombakan dalam pasukan itu untuk bersaing liga domestik dan Eropah.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast