Nadiyah Shahab. foto NOOREEZA HASHIM, 28 MEI 2019.
Nadiyah Shahab. foto NOOREEZA HASHIM, 28 MEI 2019.

KUALA LUMPUR – Seringkali kita melihat kanak-kanak paling gembira sekali pada Hari Raya Aidilfitri.

Kanak-kanak bersama-sama sepupu-sepapat akan bermain mercun bermula beberapa hari sebelum Syawal lagi.

Namun keterujaan bermain mercun itu juga dirasai oleh pelakon Nadiyah Shahab yang baru mendirikan rumah tangga dengan anak jati Perlis, Ben Ali sejak November tahun lalu.

Kata Nadyah, 28, bermain mercun perkara yang tidak pernah dirasainya sejak kecil kerana negara kelahirannya, Singapura melarang keras bermain mercun.

Namun tahun pertama sebagai seorang isteri, beraya di Perlis akan memberikan pengalaman baharu baginya.

“Apa yang saya teruja raya kali ini adalah main mercun, sebab seumur hidup tak pernah main mercun,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Nadiyah juga bersyukur kerana memiliki ibu bapa yang sangat memahami apabila memberi peluang dia dan suami beraya di Perlis sebelum balik Singapura.

“Sebenarnya keluarga kami berdua sangat memahami, setelah kahwin mak saya sendiri suruh saya beraya dulu di rumah mentua di Perlis. Mereka kata saya perlu utamakan suami,” tambahnya. – MalaysiaGazette