Pasangan kekasih wanita gay dibelasah sehingga berdarah oleh sekumpulan pemuda di Kota London minggu ini.

UNITED KINGDOM – Malang tidak berbau bagi seorang pramugari apabila dia dan kekasih wanitanya dibelasah sekumpulan lelaki sehingga badannya berdarah di tkota London minggu ini.

Kejadian itu berlaku di dalam sebuah bas di London semasa pasangan sejenis itu dalam perjalanan pulang selepas bersiar-siar.

Melania Geymonat, 28, yang berasal dari Uruguay patah hidung manakala kekasihnya, Chris yang berasal dari Amerika Syarikat turut dicederakan oleh kumpulan geng lelaki tersebut.

Melania tinggal di Stortfor Bishop, Hertfordshire berkata semasa kejadian mereka berdua duduk di hadapan sekali di dek atas bus dua tingkat itu.

Ketika itu katanya sekumpulan lelaki muda mula mengganggu memberi isyarat lucah dan seksual sambil meminta dia dan temannya bercium.

“Geng itu mahu menyaksikan kami berdua berkucup¬† dihadapan mereka.

“Saya mula meminta mereka tidak mengganggu kami memandangkan teman saya sakit dan tetapi salah seorang lelaki dari kumpulan pemuda yang berusia antara 20 hingga 30-an mula membaling tin dan sebagainya ke arah kami walaupun merayu menghentikan perbuatan mereka.

“Saya tidak dapat mengingati apa yang berlaku selepas itu tetapi saya terkejut setelah melihat Chris dikelilingi pemuda sebelum diserang.

“Saya cuba menarik Chris keluar dari situ sebagai melindunginya tetapi saya juga dipukul,” katanya.

Menurutnya, buat seketika dia tidak sedar diri akibat serangan itu namun selepas tersedar mendapati bajunya penuh dengan darah.

“Kami berdua segera lari turun ke bawah bas sebelum terserempak dengan polis.

“Penyerang terdiri daripada empat pemuda juga melarikan barang-barang peribadi kami,” katanya.

Melania baru sahaja berpindah ke United Kingdom pada Februari lalu dan sedang bercuti daripada pengajian perubatan menjelaskan dia rasa selamat sebagai wanita gay.

“Apa yang mengecewakan saya adalah serangan serta kekerasan ke atas wanita dan pasangan gay menjadi rutin biasa di kota ini. – MalaysiaGazette