Rihanna dan Hassan ketika percutian mereka di Itali. foto Agensi

RIYADH – Penyanyi wanita paling kaya di dunia, Rihanna dilihat bercuti bersama teman lelakinya, Hassan Jameel dan keluarganya di Itali pada 1 Syawal lalu.

Arab News melaporkan, pasangan yang dikatakan sedang hangat bercinta dikesan menaiki bot dan menikmati makan tengah hari di Restoran Lo Scoglio di bandar Nerano, Pantai Amalfi iaitu pusat peranginan terkenal Capri.

Rihanna yang juga pengasas jenama Fenty Beauty dengan nilai kekayaan sekitar AS$600 juta (RM2.4 bilion) itu memakai pakaian kasual dan sentiasa tersenyum bersama Hassan.

Hubungan percintaan Rihanna dan Hassan mula menjadi sebutan selepas foto kemesraan mereka berdua tersebar sekitar Julai 2017.

Hassan Jameel merupakan seorang usahawan muda dan juga pewaris kekayaan keluarganya Abdul Latif Jameel Company.

Syarikat itu memegang hak pengedaran kenderaan jenama Toyota di Arab Saudi.

Keluarganya merupakan antara yang terkaya di dunia Arab. – MalaysiaGazette