Aaron Wan-Bissaka. Foto The Times

LONDON – Manchester United terkejut kerana harga pemain idaman mereka, Aaron Wan-Bissaka semakin melambung tinggi.

Times Sport melaporkan, harga yang diletakkan Crystal Palace kini meningkat kepada £60 juta untuk pemain pertahanan kanan itu berusia 22 tahun itu.

United semakin terdesak untuk mencari bek kanan yang baru selepas kehilangan Antonio Valencia serta Ashley Young yang mencecah usia 33 tahun.

Satu-satu pilihanya yang ada hanya Diogo Dalot namun pemain muda dari Portugal itu belum menyerlah untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan.

Semalam The Times melaporkan United melakukan bidaan £40 juta ke atas Wan Bissaka namun Palace memberitahu mereka hanya akan mempertimbangkan tawaran bernilai £60 juta.

United dikatakan masih mahu berbincang untuk memastikan rundingan itu menjadi realiti di sebalik harga tidak masuk oleh Palace itu.

Laporan turut menyebut kemungkinan harga Wan Bissaka akan naik lagi kepada £65 juta. – MalaysiaGazette