Rafael Nadal julang Terbuka Pernacis kali ke-12 dalam kariernya.

PARIS – Rafael Nadal membuktikan usia bukan penghalang untuk meraih gelaran ke-12 kejohanan tenis Terbuka Perancis selepas menewaskan Dominic Thiem 6-3 5-7 6-1 6-1 di Stade Roland-Garros di sini awal pagi tadi.

Pemain kelahiran Sepanyol yang berusia 33 tahun itu terus mencipta sejarah apabila memegang sebanyak 18 gelaran Grand Slam.

Dia sebelum ini menjadi pemain pertama yang memenangi kejuaraan Grand Slam yang sama sebanyak 12 kali mengatasi 11 gelaran Terbuka Australia yang dipegang oleh Margaret Court.

Dalam aksi final itu, Nadal terpaksa bekerja keras walapun mendahului dengan memenangi set pertama kerana Thiem, berjaya menyamakan kedudukan dengan memenangi set kedua.

Namun dia bangkit  dengan kemenangan pada set ketiga dan keempat, sekali gus menghadiahkan kemenangan ke-12 untuknya di Roland Garros.

Nadal mara ke final selepas menyingkirkan seteru utamanya, Roger Federer menerusi kemenangan straight set dalam aksi separuh akhir, pada Jumaat lalu. – MalaysiaGazette