Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR- Selepas Kementerian Pengangkutan, terbaharu Kementerian Kewangan juga menafikan telah dimaklumkan mengenai cadangan pembinaan lapangan terbang baharu di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, laporan yang disiarkan di muka hadapan akhbar berkenaan hanya menimbulkan kekeliruan dalam industri pengangkutan kerana ia gagal mendedahkan siapakah yang telah menghadiri taklimat atau menerima cadangan tersebut.

“Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kedua-duanya telah memberitahu saya bahawa mereka juga tidak tahu langsung tentang kedua-dua cadangan lapangan terbang seperti yang diuar-uarkan.

“Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow juga telah membuat kenyataan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak tahu tentang perkara ini.

Kelulusan daripada Pulau Pinang dalam hal ini adalah penting kerana ia melibatkan isu tanah.

“Melainkan akhbar milik MCA, The Star boleh buktikan yang mereka mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab dan bahawa Kerajaan Persekutuan sedang mempertimbangkan cadangan-cadangan tersebut bukan hanya sekadar hasil khayalan mereka, mereka melakukan ‘fishing expedition’, atau sekadar menyerkap jarang, sesuatu yang tidak bersesuaian dengan kewartawanan profesional,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Guan Eng, spekulasi tidak berasas itu adalah tidak adil kerana ia memberi tanggapan negatif terhadap Kerajaan Persekutuan.

Jelasnya, laporan tersebut menggambarkan Kerajaan Persekutuan bertindak secara melulu tanpa memikirkan Kerajaan Negeri atau rakyat dalam mempertimbangkan projek yang melibatkan ribuan hektar tanah sawah atau 5,000 hektar tanah yang ditebus guna dari laut.

Tegasnya, Kerajaan Persekutuan masih lagi memegang pendirian yang sama seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 iaitu mahu membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulai Pinang (PIA) sedia ada.

Ini bagi membolehkan lapangan terbang tersebut menampung 16 juta penumpang setahun berbanding 6.5 juta setahun ketika ini.

Menurut Guan Eng peluasan PIA akan dilakukan melalui dua fasa, yang mana kapasiti sebanyak 16 juta setahun boleh dicapai sehingga 2030.

Tambahnya, masih terdapat ruang untuk memperbesarkan lagi PIA di masa hadapan kepada 20 juta penumpang setahun selepas itu.

Manakala untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim pula, Kerajaan Persekutuan masih menerima cadangan pembinaan melalui PFI, yang tidak memerlukan perbelanjaan da

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast