KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka lebih rendah mengambil petunjuk daripada prestasi yang lebih lemah di Wall Street.

Pelabur menimbang prospek perbincangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan dasar kadar faedah Rizab Persekutuan selepas Presiden Donald Trump semalam berkata beliau menangguh perjanjian perdagangan dengan China kecuali Beijing bersetuju dengan empat atau lima “mata utama” yang beliau tidak nyatakan.

Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.35 mata pada 1,643.85 daripada 1,651.20 penutup Selasa.

Indeks itu dibuka 4.53 mata lebih rendah pada 1,646.67.

Kaunter turun mengatasi naik sebanyak 128 berbanding 81 dengan 185 kaunter tidak berubah, manakala 1,494 tidak diniagakan dan 31 digantung.

Sejumlah 98.37 juta saham bertukar tangan bernilai RM55.47 juta. – MalaysiaGazette