Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas hadir pada Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Petaling Jaya, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 12 JUN 2019.

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim terkilan dengan konspirasi yang menghantui parti yang diterajuinya itu.

Kata Presiden PKR itu, beliau terkejut dan tidak menjangka konspirasi yang pernah menjejaskan karier politiknya berulang, namun kali ini serangan dilakukan ke atas timbalan beliau, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya anggap biar saya menjadi orang terakhir melalui pengalaman paling pahit dan menyedihkan itu.

“Malangnya trend ini kembali berterusan dan saya tak faham kenapa ia harus berulang lagi.

“Saya secara semulajadi menentang konspirasi ini. Tetapi daripada segi moral, Islamik dan etika, ini bukan cara terbaik untuk menilai kita, baik dalam masyarakat atau pun politik,” katanya dalam sidang media mesyuarat biro politik PKR di ibu pejabat parti itu hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai menularan video serta gambar yang memaparkan hubungan intim mirip seorang menteri Kabinet yang juga pemimpin PKR dalam kumpulan Whatsapp kepada beberapa wartawan dan anggota parti politik.

Ditanya sama ada perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah dijelaskan mengenai perkembangan isu itu dalam pertemuan pukul 2.30 petang, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, perkara tersebut tidak dimaklumkan sepenuhnya.

“Bagaimanapun ikutkan pada ketika ini beliau (Dr. Mahathir) mungkin sudah diberikan penjelasan penuh mengenai perkembangan kes berkenaan,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast