LONDON – Manchester United semakin hampir untuk mendapatkan tandatangan pemain kedua iaitu Sean Longstaff pada musim panas ini.

Mirror melaporkan, pengurus Ole Gunnar Solskjaer yakin United boleh mengambil kesempatan yang tidak menentu menimpa pemain muda Newcastle itu.

Bagi Solksjaer, khidmat pemain antarabangsa England Bawah-21 tahun itu boleh diperoleh pada harga serendah 25 juta pound (RM132 juta).

Bulan lalu, The Magpies dikejutkan laporan bakal diambilalih oleh kumpulan pelabur dari Arab Saudi manakala masa depan pengurus, Rafa Benitez juga belum diketahui.

Longstaff pada awalnya bersedia untuk memberikan komitmen kepada kelab tempat kelahirannya itu, bulan lalu.

Namun perpindahan ke Old Trafford sukar untuk ditolaknya memandangkan Solskjaer kini sedang membentuk skuad baharu dengan dibarisi pemain muda Britain. –
– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast