TERKINI : MENGARUT! Ini Bukan Kerja UMNO ‘Video Seks’ – Najib Razak

RANTAU – UMNO tidak mungkin akan campur tangan dalam isu melibatkan moral pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata tuduhan bahawa UMNO adalah dalang dalam penyebaran empat video lucah mirip menteri Kabinet PH adalah tuduhan yang mengarut. “Ini soal dalam Pakatan Harapan dan PKR, parti UMNO ambil sikap tidak terlibat sama sekali kerana ini urusan dalaman.