MELBOURNE – Tiada ada ancaman tsumani ke atas New Zealand selepas berlaku gempa bumi dengan 7.4 magnitud di Kepulauan Kermadec.
Pertahanan Awam mengeluarkan amaran tsunami pada pukul 11.37 pagi hari Ahad, sebaik sahaja berlaku gempa bumi pada pukul 11 pagi.
Namun, amaran itu ditarik balik 8 minit kemudian.
“Berdasarkan maklumat terkini, penilaian awal mendapati gempa bumi tidak menyebabkan berlakunya tsunami di New Zealand,” katanya.
Namun, orang awam diminta tidak berada berhampiran pantai dan semua bot-bot dilarang sama sekali berada di perairan. – MalaysiaGazette