Haziq Abdullah Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Sejak nama Haziq Abdullah Abdul Aziz tular ekoran penularan empat video lucah melibatkan individu mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, timbul pula beberapa ciapan mengaitkan Haziq di media sosial.

Netizen hari ini bersungguh-sungguh bagi mengaitkan nama Haziq dengan beberapa pemimpin PKR.

Tular semalam screenshot beberapa ciapan pemimpin PKR antaranya Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Azmin sendiri yang bertindak tag nama Haziq di Twitter.

Anwar pada 17 Julai 2011 lalu dipercayai memuatkan status Twitter dengan membuat tag Haziq.

“Tak terangkat ha ha, Saya ke Tawau pagi. @HaziqAbdAziz: Esok kita pergi gym DS!,” komen Anwar.

Rafizi juga turut menggunakan tag yang sama dengan menulis;

“Sesat sampai ke Pekan Bagan Datoh, sebab @HaziqAbdAziz banyak sangat makan keropok sayur sambil driving!,” tulis bekas Ahli Parlimen Pandan itu pada 17 September 2012.

Dua tahun selepas itu, Azmin pula menggunakan tag yang yang sama secara terang terangan menulis hashtag @HaziqAbdAziz.

“@HaziqAbdAziz @NajwanHalimi @afifbadardib @eekmalahmad dan juga jangan marah kalau tak dapat hold hands,” pada 12 Jun 2014.

Bagaimanapun, semua ciapan itu kini sudah didelete daripada Twitter.

Kesemua ini membuka ruang persoalan sejauh mana hubungan di antara Haziq yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong dengan pemimpin-pemimpin PKR yang lain sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast