Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 25 OKTOBER 2018.

KUALA LUMPUR –  Kehadiran isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada perbicaraan SRC International Sdn Bhd hari ini menjadi pertikaian.

Ketibaannya pada jam 9.22 pagi dan kemudian duduk di barisan tempat awam dalam mahkamah menimbulkan rasa tidak puas hati Timbalan Pendakwaraya, V Sithambaram.

Menurut Sithambaram, Rosmah tidak perlu berada semasa perbicaran ekoran beliau merupakan saksi yang berpotensi dalam kes itu.

Oleh kerana kenyataan Rosmah telah direkodkan, adalah lebih baik beliau tidak berada di mahkamah, kata Sithambaram.

Rosmah kemudian dilihat berdiri di barisan depan galeri awam dan meninggalkan mahkamah pada 9.38 pagi dengan diikuti peguamnya K Kumaraendran.

Terdahulu, Rosmah memasuki mahkamah dan duduk berdekatan suaminya, Datuk Seri Najib Razak yang duduk di kandang tertuduh, ketika peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyoal balas Pengerusi Lembaga Pengarah SRC, Tan Sri Ismee Ismail.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast