Takefusa Kubo (tengah).

MADRID – Bintang muda Jepun, Takefusa Kubo telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dari kelab FC Tokyo.

Los Blancos dilaporkan menawarkan kontrak 2 juta Euro (RM9.3 juta) setahun kepada pemain berusia 18 tahun itu.

Menurut laporan daripada Marca, Kubo akan memulakan kariernya di Sepanyol bersama kelab pelapis Real Madrid aitu Castilla bagi meraih pengalaman terlebih dahulu sebelum diserap ke dalam skuad utama.

Sebelum ini, pemain itu dikaitkan dengan kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Nama Kubo melonjak pada usia 15 tahun apabila menjadi pemain termuda membuat penampilan pertama dalam Liga Jepun.

Pemain itu digelar sebagai ‘Messi Jepun’ kerana aksinya yang luar biasa ketika usia sekolah rendah lagi.

Debut Kubo ini mendapat perhatian meluas oleh media Jepun dengan 182 wakil media hadir.

Publisiti Kubo dan perlawanan itu juga membuatkan 7,653 peminat hadir ke Stadium Olimpik Komazawa hanya untuk menyaksikan perlawanan divisyen 3.

Kehebatannya juga membuatkan Barcelona ingin membawa dia dan keluarganya ke Sepanyol untuk diserap ke dalam akademi La Masia pada tahun 2011.

Namun Barcelona terpaksa akur untuk melepaskan Kubo kembali ke FC Tokyo kerana disabitkan dengan kesalahan dalam perpindahan pemain.

FIFA juga mengarahkan pemain ini dikembalikan ke negara asal beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast