Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – OCBC Bank menjangkakan ringgit akan terus mengukuh pada bulan-bulan akan datang, selari prestasi mata wang lain di Asia Bberbanding dolar menjelang akhir tahun.

Bank itu juga berkata, ia tidak melihat tekanan penurunan yang besar ke atas mata wang tempatan yang tidak sekata dengan prestasi mata wang rakan Asia.

Mengulas unjuran ke atas ekonomi Asia, pakar ekonomi OCBC Terence Wu berkata, unjuran makro masih menunjukkan keadaan yang tidak menentu dengan ketegangan perdagangan AS-China kekal sebagai penghalang dan mungkin menjejas bacaan makroekonomi.

“Harapannya ialah supaya China yang semakin pulih bertindak sebagai tunggak kestabilan, supaya wujud momentum yang mencukupi untuk membantu ekonomi Asia yang lain.

“Senario ketegangan perdagangan ini bagaimanapun tidak membawa kesan yang besar,” katanya dalam kenyataan.

Bank-bank pusat Asia berkata Wu, kini lebih terbuka terhadap pemotongan kadar bagi menyokong dorongan untuk pertumbuhan.

Selain pertimbangan makro, bank pusat Asia juga mendapat galakan daripada perubahan yang dilakukan oleh Rizab Persekutuan AS serta bank pusat utama yang lain.

OCBC bagaimanapun menjangkakan kecenderungan untuk menurunkan kadar faedah diputuskan dengan teliti, bagi mengelakkan kebimbangan terhadap gambaran makro dan risiko aliran keluar modal segera.

Berdasrkan kedudukan perang perdagangan dan tinjauan ekonomi yang lemah, ia mungkin positif sedikit kepada mata wang Asia secara menyeluruh, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast