WASHINGTON – Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran menghalang pengendali syarikat penerbangan AS daripada terbang di ruang udara yang dikuasai Tehran di Selat Hormuz dan Teluk Oman berikutan ketegangan hubungan.

Dalam laporan berasingan kepada pengendali syarikat penerbangan, FAA berkata, menurut aplikasi penjejakan penerbangan, jarak paling dekat pesawat yang beroperasi ialah kira-kira 45 batu nautikal dari dron Global Hawk milik AS apabila ia ditembak jatuh oleh Iran dengan menggunakan peluru berpandu darat ke-udara pada minggu ini.

“Terdapat beberapa pesawat awam beroperasi di kawasan itu pada ketika itu,” kata FAA seperti dipetik Reuters.

Agensi itu berkata, ia kekal bimbang terhadap peningkatan hubungan dua negara dan aktiviti ketenteraan pada jarak yang dekat dengan laluan pesawat awam yang sibuk selain kesediaan Iran menggunakan peluru berpandu jarak jauh di ruang udara antarabangsa dengan sedikit atau tiada amaran diberi. – Agensi