Luis Suarez

LONDON – Satu tinjauan yang dijalankan oleh ESPN menunjukkan peminat bola sepak memilih bintang penyerang Barcelona, Luis Suarez sebagai ahli sukan paling dibenci sepanjang zaman.

Turut tersenarai dalam kedudukan 10 teratas tinjauan itu adalah bekas kapten Manchester United, Roy Keane dan bekas pengurus kelab itu, Jose Mourinho.

Menurut ESPN, sebab utama pemain Uruguay berusia 32 tahun itu tidak digemari ramai gara-gara beberapa sikap buruk yang pernah dilakukan Suarez.

Antaranya termasuk kecenderungannya merebahkan badan bagi mendapat penalti, menahan bola sepakan Ghana menggunakan tangan dalam kotak penalti pada Piala Dunia 2010 untuk menghalang lawan daripada memasuki separuh akhir.

Bekas penyerang Liverpool itu juga terkenal dengan tabiat pelik suka menggigit pemain lawan.

Insiden melibatkan pemain Itali, Giorgio Chiellini pada Piala Dunia 2014, selain pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic dalam Liga Perdana Inggeris antara kes berprofil tinggi yang tidak mungkin dilupakan.

Bekas pemain tengah Manchester City dan Newcastle United, Joey Barton berada dalam kedudukan kedua ahli sukan paling dibenci diikuti bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast