TERKINI : Elaun Sasterawan Tamu! Universiti Awam Perlu Bayar – Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Universiti-universiti awam tempatan digesa supaya membayar elaun bulanan kepada semua sasterawan negara yang dinobatkan sebagai sasterawan tamu di institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, langkah itu penting sebagai tanda pengiktirafan kepada sasterawan-sasterawan negara selain bangga dengan hasil karya mereka.