Akuan bersumpah (SD)  tertera nama bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang didakwa menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri juga tular hari ini.

KUALA LUMPUR – Rumah terbuka sudah sinonim dalam kalangan umat Islam hari ini terutamanya apabila tibanya Syawal.

Bulan kemenangan juga dirasakan seolah-olah tidak lengkap tanpa mengadakan rumah terbuka di kalangan pemimpin negara.

Suasana dan sifat mesra dapat dilihat apabila tuan rumah menyambut tetamu seperti yang ditonjol Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang menerima kunjungan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aksi selamba mereka berpegangan tangan apabila Maszlee mengiringi Ahli Parlimen Port Dickson itu masuk ke dalam rumah mencuri perhatian netizen di laman sosial Twitter.

Antara yang berseloroh adalah Ketua Pemuda Ikatan Malaysia iaitu Shahir Adnan.

“Bang Non…boleh saya pegang balik tangan suami saya” tulisnya yang merujuk kepada isteri Maszlee yang berada di sebelah.

Seorang pengguna menggunakan akaun nama Don Juan deRyezal
turut membuat komen berbentuk gurauan yang sama.

“Mesti bini kat sebelah tanya, awat laki aku pegang tangan laki lain. Awat tak pegang tangan aku?, komennya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast