Datuk Seri Wee Ka Siong
Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Presiden MCA mempersoalkan adakah pengumuman cadangan pengambilalihan empat syarikat konsesi tol oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng adalah satu penjenamaan semula.

Ini kerana, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, tol tidak dimansuhkan sebaliknya ia dijenamakan semua dengan caj kesesakan.

Tegas Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, jika kerajaan Pakatan Harapan bersungguh-sungguh mahu memansuhkan kutipan tol, ia perlu membabitkan semua tol, khususnya Lebuh Raya Utara-Selatan demi membuktikan janji-janji yang dibuatnya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14.

Apatah lagi, cadangan untuk memansuhkan tol Lebuh Raya Utara-Selatan itu telah berkali-kali dibuat oleh DAP menerusi ceramah-ceramahnya.

Lantaran itu, Ka Siong mempersoalkan pengumuman pengambilalihan empat konsesi lebuh raya yang diumumkan Guan Eng Sabtu lalu.

Tanya beliau lagi, adakah dengan pengumuman itu bermakna tol tidak dimansuhkan sebenarnya.

“Lim Guan Eng sepatutnya mengumumkan jadual waktu pemansuhan semua tol di lebuhraya khususnya untuk Lebuhraya Utara-Selatan, demi membuktikan janji untuk memansuhkan tol lebuhraya sebelum PRU14 bukan sekadar kata manis untuk menipu atau memperdayakan para pengundi.

Artikel berkaitan: Kerajaan akan teruskan inisiatif ambil alih syarikat konsesi lebuh raya lain

“Sebelum PRU14, DAP berkali-kali dalam ceramah mereka menjanjikan pemansuhan tol bagi Lebuhraya Utara-Selatan, adakah kenyataan Guan Eng membawa maksud tol tersebut TIDAK AKAN DIMANSUHKAN sebaliknya cuma dilakukan penjenamaan semula (rebranding) dengan tol digantikan dengan caj kesesakan?,” soal beliau. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/06/22/jika-semua-lancar-pengambilalihan-empat-tol-pada-31-disember-ini/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast