KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya jam 9.30 pagi tadi.
Beliau ke SPRM bagi memberi kenyataan berhubung wang sogokan syarikat swasta bagi urusan kemasukan pelancong dari China.
Sumber SPRM berkata, Ahmad Zahid dijadual memberi keterangan pada pukul 10.30 pagi namun tidak dapat dipastikan berapa lama proses itu berlangsung.
Katanya, Presiden UMNO itu disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.
Malah, beliau difahamkan diberi notis untuk hadir ke mahkamah esok. – MalaysiaGazette