Andre Gomes. foto Agensi

LONDON – Everton melengkapkan perjanjian dengan pemain tengah Barcelona, Andre Gomes dengan nilai 22 juta pound (RM115.70 juta) bagi tempoh lima tahun.

BBC melaporkan, pemain antarabangsa Portugal itu akhirnya berpindah secara tetap ke Goodison Park selepas dipinjamkan di sana musim lalu.

“Kelab telah berusaha keras mendapatkan saya dan saya gembira serta berterima kasih kepada mereka.

“Tahun lalu adalah pengalaman yang sangat baik untuk saya. Saya hanya mahu menjadi sebahagian daripada momen istimewa di sini, ” kata Gomes kepada EvertonTV.

Gomes adalah sebahagian daripada skuad Portugal yang memenangi Euro 2016.

Dia berpindah ke Nou Champ dari Valencia pada musim panas 2016 dan membuat 72 penampilan. – MalaysiaGazette