Jack Clarke

LONDON – Tottenham Hotspur semakin hampir untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Leeds United, Jack Clarke yang berusia 18 tahun.

Kedua-dua kelab dilaporkan bersetuju dengan bayaran £10 juta dan bayaran tambahan berdasarkan syarat-syarat di dalam kontrak.

Clarke dijangka mengadakan pemeriksaan kesihatan dalam masa terdekat dan bakal menjadi pemain baharu Spurs sejak Januari 2018.

Musim lalu, kelab London itu hanya menandatangani penyerang Brazil, Lucas Moura dari Paris St-Germain.

Bakat Clarke dicungkil menerusi sistem remaja kelab West Yorkshire dan membuat penampilan sulung untuk pasukan senior Leeds pada 6 Oktober lepas menentang Brentford.

Dia membuat 25 penampilan untuk kelab itu musim lalu dan membantu Leeds memasuki separuh akhir play-off Liga Championship yang menyaksikan pasukan itu tumpas kepada Derby County. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast