KUWAIT CITY – Kuwait menghadkan masa penyampaian khutbah Jumaat kepada 15 minit berikutan suhu musim panas yang melampau, kata pihak berkuasa agama negara itu.

Kementerian Awqaf mengarahkan khutbah Jumaat tidak boleh melebihi 15 minit di kawasan kediaman yang mana kadang kala jemaah terpaksa solat di kawasan terbuka berikutan bilangan jemaah yang terlalu ramai, lapor akhbar Al Qabas.

Kementerian tersebut turut mengarahkan tempoh khutbah maksimum selama 10 minit di masjid-masjid yang terletak di kawasan sempadan yang mana suhunya lebih tinggi, lapor akhbar itu.

Gelombang haba yang kini melanda Kuwait dijangka berterus sepanjang musim panas.

Negara tersebut mencatatkan suhu terpanas dunia pada bulan ini, 52 darjah selsius, menurut laporan media.

Kuwait melaksanakan larangan pekerja bekerja di luar bangunan pada waktu tengahari dalam keadaan panas terik.

Laranga tersebut berkuatkuasa pada musim panas bermula Jun hingga penghujung Ogos, waktu terpanas di Kuwait. – Agensi

1 Komen

Comments are closed.