Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia mengalu-alukan kedatangan separuh kedua tahun ini (2H19) dalam nada positif, dengan mana pelabur menarik nafas lega selepas pengumuman gencatan persengketaan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.25 mata kepada 1,679.38 berbanding 1,672.13 penutup Jumaat.

Pada pembukaan, indeks itu menokok 2.78 mata kepada 1,674.91.

Pasaran positif berikutan kaunter naik mengatasi turun sebanyak 261 berbanding 36 ​​dengan 151 kaunter tidak berubah, manakala 1,380 tidak diniagakan dan 18 digantung.

Sejumlah 203.92 juta saham bertukar tangan bernilai RM90.39 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast