Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO yang kembali bertugas, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak pembangkang telah memutuskan untuk mengekalkan kedudukan Naib Presidennya, Datuk Ismail Sabri Yaakob sebagai Ketua Pembangkang.

Ahmad Zahid berkata keputusan itu dicapai sebulat suara dengan semua Ahli Parlimen pembangkang.

“Ini bermaksud ada pembahagian kuasa. Datuk Seri Ismail Sabri sebagai ketua pembangkang dan Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai ketua whip Parlimen,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Di Bagan Datuk semalam, Ahmad Zahid mengumumkan beliau kembali memimpin UMNO selepas bercuti selama 6 bulan.

Sebelum itu, Ahmad Zahid bercuti sebagai presiden parti dan menyerahkan tugas itu kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan kerana pendakwaan kes rasuah terhadapnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast