Khashoggi
Jamal Khashoggi dilihat memasuki bangunan konsulat pada 2 Oktober lalu dan tidak keluar dari premis berkenaan. foto BBC

ANKARA – Presiden Turki, Tayyip Erdogan berkata, “sesetengah orang” telah membayar “wang yang besar” untuk menguburkan isu pembunuhan Jamal Khashoggi.

Erdogan, yang bercakap kepada pemberita selepas sidang kemuncak G20 di Osaka, Jepun.

Namun beliau tidak mengulas lanjut.

Bercakap pada sidang kemuncak tersebut, Erdogan berkata, Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman tidak perlu melindungi pembunuh kolumnis Washington Post itu.

Malah, Erdogan mendakwa beberapa aspek pembunuhan itu masih tersembunyi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast