Foto: Ihsan Manimala Krishnan

KUALA LUMPUR –  Filem Azhaggiye Thee terbitan AT Movies oleh Datuk Athy Muthoo berterusan mendapat maklum balas positif sehingga kini menjadi buah mulut penggemar karya tempatan Tamil di negara.

Beberapa hari lepas, MalaysiaGazette diberitahu, walaupun pada awalnya terdapat kebimbangan filem ini tidak mampu bertahan di pawagam kerana terdapat tayangan filem Kollywood dibintangi bintang terkenal India seperti Vijay Sethupathi dan Yogi Babu.

Namun Azhaggiye Thee masih mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan pelbagai reaksi serta rumusan positif yang membolehkannya mendapat slot tayangan tayangan yang lebih lama.

65637206_10216935937184021_5749077672911175680_o

Ada juga yang tidak yakin dengan filem itu dengan memberi komen di laman sosial whatsapp menyatakan bahawa filem tersebut mungkin tidak dapat bertahan lama di pawagam kerana tidak mendapat sambutan daripada penggemar tempatan, lagi-lagi ia tidak ‘gah’ seperti karya dari India.

Peminat filem Tamil tempatan dilihat masih cenderung kepada filem Kollywood dan Bollywood sungguhpun filem tempatan telah menunjukkan perkembangan yang baik sejak kebelakangan ini.

Malah pasukan pemasaran Azhaggiye Thee yang agresif melakukan promosi, termasuk dalam media sosial, yakin ia akan  sokongan lebih meluas.

Az2
Foto: Ihsan Manimala Krishnan

Walaupun banyak muka baharu yang dipertaruhkan dalam filem ini namun ia tetap diterima peminat filem Tamil kerana mesej yang ingin disampaikan mempunyai kaitan dengan masalah yang dihadapi masyarakat hari ini.

Pengarah filem, Logan Nathan bijak memikat hati penonton kerana berjaya menampilkan penceritaan cukup efektif.

Filem yang diadaptasi cerita benar tentang induvidu yang mengalami kesukaran hidup, kekangan kewangan, hutang Ah Long yang merupakan realiti kehidupan masyarakat India di negara ini.

65807821_847955042247625_8627175553343946752_n

Malah apa yang menarik tentang filem ini ia memaparkan kehidupan serta keadaifan yang masih lagi menghantui komuniti India, khususnya yang tinggal di estet terpaksa berhijrah ke bandar demi mencari kehidupan lebih baik.

Azhaggiye Thee yang  menemui penonton sdibintangi Saresh D, Latha, Gunasegaran, Yuvaraj sejak Khamis lalu di lebih 27 pawagam seluruh negara.

Seperti filem Tamil lain, Azhaggiye Thee turut mempertaruhkan dua buah lagu, Yaaro Ival Yao dan Uruguthu Oru Manam, dan usaha tersebut membuahkan hasil apabila ia menjadi siulan peminat.

Skrip filem kisah benar ini ditulis dan diilhamkan oleh penerbit, Athy Muthoo dan Logan Nathan. –MalaysiaGazette