Bayi lelaki bernama Google.

LOS ANGELES – Syarikat tekonologi Amerika Syarikat, Google menghantar hadiah kepada bayi lelaki yang diberi nama Google.

Keluarga bayi itu menetap di Indonesia.

Google dilahirkan pada bulan November lalu tetapi sijil kelahirannya hanya viral minggu lalu selepas dikongsikan oleh ibunya di media sosial.

“Mereka menghantar beberapa barangan sebagai penghargaan termasuk pakaian,” kata Ella Karina yang dipetik oleh Tribunnews.

google
Sijil kelahiran Google.

Ella memberitahu, pada awalnya dia membantah tindakan suaminya menamakan bayi kedua mereka Google tetapi kini tidak lagi.

“Terima kasih Google kerana perhatian anda,” katanya.

Bapa kepada bayi tersebut, Fandi Andi memberitahu, dia mahu menamakan anaknya dengan insipirasi teknologi semasa kandungan Ella memasuki tujuh bulan.

Beberapa nama menjadi pertimbangannya termasuk Window, iPhone, Microsoft dan IOS.

Tetapi apabila bayinya dilahirkan, Fandi memutuskan untuk menamakan Google. – MalaysiaGazette