Anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz (tengah) tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberikan keterangan dipercayai berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) buat kali kedua di Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 04 JULAI 2018.
Riza Shahriz Aziz. foto HAZROL ZAINAL, 04 JULAI 2018.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Riza Shahriz Aziz pada pukul 12 tengahari tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya yang mengesahkan perkara itu berkata, anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu akan didakwa di bawah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di mahkamah esok.

“Kami mahu mengesahkan bahawa SPRM telah menahan Riza Shahriz Aziz pada pukul 12 tengahari hari ini dan dibebaskan dengan ikat jamin,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, suruhanajaya itu akan menyediakan maklumat lanjut mengenai pendakwaan apabila pihaknya telah memperolehnya daripada mahkamah kelak. – MalaysiaGazette