Penyanyi, Aishah Ariffin bercakap pada sidang media khas menjelaskan penghakiman persetujuan menerusi mediasi kes saman Aishah terhadap Datuk Vida mengenai isu berlian palsu di Ramziela Delights, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 03 JULAI 2019.

KUALA LUMPUR – Selepas kontroversi antara penyanyi Aishah dan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida menemui jalan noktah namun kini timbul pula isu baharu.

Menerusi Instagram miliknya, Aishah seperti menyindir pengacara, Jihan Muse yang mula menimbulkan persoalan ramai.

“Hidup sebagai anak seni satu kehidupan yang sepi sebenarnya, kerana masing-masing survive sendiri. Tak ramai kawan ingin membantu apabila kita menunggak arus melawan ketidakadilan, yelah jaga periuk nasilah katakan.

“Padahal, yang dipanggil pun mengikut cara undang-undang yang sebenar, tak boleh tidak kalau dah disapina. Tapi ada yang maki hamun ada yang lari hilangkan diri dari serve dengan sapina. Siap komen kat IG, kesian rasa tersepit ‘antara gajah’.

“Ini undang-undanglah, untuk melindungi kita semua. Sapina tak bererti terpalit, ianya satu cara undang-undang untuk memanggil saksi untuk mendapatkan keterangan dalam proses perbicaraan sesuatu kes.

“Perjuangan dibuat untuk anak seni juga tapi seperti dipandang sinis. Semalam mungkin dengar kita dah menang baru call, konon nak beri kerjasama? Hidup penuh lakonan. Pengalaman mengajar, siapa kawan siapa,” tulis Aishah.

Jihan dalam status dimuat naik sebelum ini di Instagramnya secara menyindir dengan menyifatkan Aishah dan Vida adalah ‘dua gajah’ sedang bergaduh dan dirinya ibarat pelanduk menjadi mangsa di tengah-tengah. – MalaysiaGazette