Datuk Seri Najib Razak merakamkan gambar ketika hadir pada Majlis Mengenang Jasa Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di The Diplomat, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 05 JULAI 2019.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhak kembali bertugas sebagai tanpa sebarang tentangan.

Jelas Datuk Seri Najib Razak, Presiden UMNO itu mempunyai tempoh bertugas selama tiga tahun selepas dipilih secara demokrasi pada pemilihan yang lalu.

Justeru kemunculannya semula menerajui parti tidak wajar dipertikaikan.

“Kita mesti berpandu kepada perlembagaan  parti kita, yang mana Datuk Seri Zahid telah dipilih oleh perwakilan secara sah dalam tempoh tiga tahun. Jadi dia tidak lagi habiskan tempohnya, dia bercuti sebelum ini.

“Dia berhak kembali bertugas,” katanya kepada MalaysiaGazette

Katanya lagi, keutamaan paling mustahak buat parti itu adalah bersatu dan mengenepikan kepentingan masing-masing dan agenda berpuak.

“Saya percaya kemunculan balik (kembali) Datuk Seri Zahid boleh menyumbang kepada keutuhan parti.

“Yang penting kita sentiasa bersatu untuk menghadapi ancaman dari luar,” kata bekas Perdana Menteri itu lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Mengenang Jasa Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.-MalaysiaGazette