KUALA LUMPUR – Testosteron adalah hormon yang dihasilkan dalam buah zakar untuk lelaki dan ovari dan kelenjar adrenal untuk wanita.
Hormon itu penting untuk perkembangan pertumbuhan lelaki dan ciri-ciri maskulin dan bagi wanita, testosteron hadir dalam jumlah yang lebih kecil.
Pengeluaran testosteron meningkat kira-kira 30 kali lebih banyak semasa remaja dan dewasa antara usia 17 tahun hingga 25 tahun.
Selepas awal dewasa, ia akan menurun sedikit demi sedikit secara semulajadi setiap tahun dan mungkin melihatkan penurunan testosteron sebanyak satu peratus selepas berumur 30 tahun.
Namun kata pengasas dan doktor pakar, The KL Sky Clinic, Dr Roland Victor, apabila paras hormon testosteron ini menurun sehingga ke satu paras yang agak rendah maka terdapat beberapa simptom yang akan muncul.

Jelasnya, simptom itu adalah perut buncit, otot menjadi kecut dan lembik, mudah letih dan lesu, gangguan mood dan emosi, mudah marah, kurang fokus dan penumpuan dan kemurungan
“Paling ditakuti oleh orang lelaki adalah masalah mati pucuk atau gangguan fungsi erektil zakar lelaki dan ia dikenali sebagai Sindrom Kekurangan Testosteron atau Hipogonadisma.
“Lelaki yang mempunyai masalah sindrom kekurangan testosteron ini akan mempunyai masalah zakar yang lemah , tidak keras atau tidak boleh kekal keras.
“Jadi mereka perlu kembali kepada aktiviti gaya hidup sihat seperti tidur yang cukup dan melakuan aktiviti kardio serta pengambilan sumber makanan amat digalakkan,” katanya ketika ditemubual MalaysiaGazette di sini di kliniknya baru-baru ini.

Roland menambah, lelaki yang mengalami masalah paras hormon testosteron yang rendah juga biasanya tidak mempunyai semangat untuk bersenam dan membuat aktiviti fizikal.
Jelasnya, tiada paras khusus yang tepat untuk tahap kekurangan hormon testosteron ini namun simptom akan berlaku apabila paras hormon testosteron menurun ke paras kurang daripada 12nmol/L .
“Di antara punca-punca berlaku masalah kekurangan hormon testosteron ini adalah kerana penyakit seperti diabetis, darah tinggi, kurang aktif secara fizikal dan obesiti.
“Selain itu, punca lain adalah paras kolesterol tinggi, atherosklerosis, stress yang melampau, sindrom metabolik, merokok dan kesan sampingan ubat-ubatan tertentu,” katanya lagi.
Roland memberitahu, hormone testosteron turut memainkan peranan penting dalam diri anda terhadap jisim otot dan tulang, rambut pada wajah dan kemaluan, perkembangan suara badan yang lebih dalam, mood dan kualiti hidup serta ingatan lisan dan keupayaan berfikir.
Sementara itu, beliau menyarankan golongan lelaki melakukan ujian darah hormone testosteron di The KL Sky Clinic kerana kini mengadakan promosi harga hanya RM50 dan keputusan akan diketahui selewat-lewatnya dalam tempoh dua hari.
Klinik tersebut telah beroperasi sejak 2014 dan memiliki seramai doktor pakar dalam bidang masing-masing.
The KL Sky Clinic dikatakan klinik paling tinggi di dunia yang berada di langit iaitu di tingkat 36 Soho Suite KLCC berbanding satu klinik di Dubai, Emeriah Arab Bersatu yang terletak di tingkat 21 di sana.
Klinik berkonsepkan gaya hidup itu menawarkan pelbagai perkhidmatan saringan ujian darah, analisis DNA, kecantikan kulit dan rambut serta rawatan tulang dan otot.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian Whatsapp: +60162653679 dan melayari Instagram: theklskyclinic. – MalaysiaGazette