Penunjuk perasaan melakukan protes menuntut pembebasan Jamal Khashoggi di depan Pejabat Konsulat Arab Saudi di Turki pada Oktober 2018. foto CTV News

NEW YORK – Amerika Syarikat mesti bertindak ke atas kematian wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi yang dibunuh pada Oktober lalu, seorang pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran.

“Berdiam diri bukanlah satu pilihan, tetapi kata-kata sahaja diperlukan tetapi tidak mencukupi, kita perlu bertindak,” kata Agnes Callamard.

Siasatan yang dijalankan menyimpulkan kematian Khashoggi di dalam bangunan kedutaan Arab Saudi di Istanbul tanpa mengikut undang-undang.

Amerika Syarikat perlu melaksanakan siasatan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) atau undang-undang sivil, katanya.

Khashoggi merupakan penduduk tetap di Amerika Syarikat dan merupakan kolumnis untuk akhbar Washington Post.

Bercakap di sebelah tunang Khashoggi di satu persidangan di London, Callamarf mengesa Amerika Syarikat untuk tidak menyembunyikan perisikannya ke atas kematian wartawan itu dan menyifatkan Washington bukan berada di atas rangkaian kerjasama.

Laporan 101 halaman yang disediakan oleh Callamard telah diterbitkan pada bulan Jun memaklumkan terdapat “bukti yang boleh dipercayai” bahawa Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan pegawai-pegawai peringkat tinggi lain bertanggungjawab secara individu atas pembunuhan Jamal Khashoggi.

Egen-egen Arab Saudi yang membunuh wartawan itu di dalam bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul tetapi menegaskan mereka tidak bertindak atas perintah Putera Mohammed.

Callamard bukan bukan wakil PBB tetapi megemukakan laporan itu kepada badan dunia itu. menghasut penyiasatan jenayah antarabangsa ke dalam kes itu, tetapi beliau berkata hanya negara anggota yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Menurutnya, Barat menghadapi “defisit demokrasi” dalam tidak bertindak balas terhadap bantahan awam mengenai pembunuhan itu. – MalaysiaGazette