TERKINI : Apa Transgender??? Saya Tak Tau – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Isu pelantikan seorang transgender, Rania Zara Medina sebagai ahli Country Coordinating Mechanism (CCM) mendapat perhatian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang ditanya mengenai pelantikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye sebagai ahli CCM berkata, beliau tidak pasti dakwaan bahawa Rani Zara adalah seorang transgender.

“Apa transgender? Awak dah periksa dia ke? Betul ke dia transgender,” katanya dalam sidang media di lobi Dewan Rakyat, hari ini.