Hati-hati semasa menggunakan straw besi.

LONDON – LONDON (ANN): Seorang wanita berusia 60 tahun di Britain meninggal dunia straw besi menembusi matanya dalam sayu kemalangan yang dianggap aneh.

Elena Struthers-Gardner rebah di dapur rumahnya di Dorset ketika membawa gelas minuman bersama straw keluli tahan karat 10 inci yang diletakkan di dalam bekas.

Straw itu dikatakan telah menembusi soket mata kiri sebelum memasuki otaknya.

Ia menyebabkan kerosakan pada stem otak yang mengawal pernafasan mangsa.

Struthers-Gardner menderita kecederaan otak traumatik dan akhirnya meninggal dunia akibat kecelakaan maut pada November 2018, media Britain melaporkan awal minggu ini.

Bekas pesara penunggang lumba kuda itu mempunyai sejarah mobiliti dan terdedah kepada kejatuhan selepas mengalami beberapa kali patah tulang belakangnya.

Tiada bukti alkohol yang dikesan dalam sampel air kencingnya, menunjukkan bahawa mabuk tidak menjadi sebab kejatuhannya.

Insiden itu akhirnya dianggap sebagai satu bentuk kematian tidak sengaja.

Seorang koroner menasihatkan straw logam harus digunakan dengan hati-hati. Sekiranya straw itu mempunyai penutup kemungkinan nyawa Struthers-Gardners terselamat.

Inspektur Detektif Wayne Seymour, yang melakukan siasatan ke atas kematiannya berkata, kes itu sangat luar biasa.

“Kakitangan perubatan tidak pernah melihat kecederaan seumpama ini, mereka berkata kejadian ini sangat luar biasa,” katanya.

Strwa besi semakin popular digunakan pada masa ini terutama di Singapura selepas bandar raya itu menjalankan kempen menghentikan straw plastik. – MalaysiaGazette