Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

KUALA LUMPUR – Isu siasatan video lucah yang didakwa melibatkan menteri menyebabkan rakyat masih meragui tahap kebebasan agensi penguatkuasaan di negara ini.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, kemusykilan ramai berhubung proses penyiasatan polis yang sekarang itu dipersoalkan.

“Keraguan masyarakat ini akan menjadi lebih parah sekiranya pihak berkuasa dilihat ataupun disyaki membuat siasatan bagi tujuan melindungi individu-individu yang berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsul Iskandar yang juga Timbalan Menteri Industri Utama berkata, di dalam semangat Malaysia baharu semua pihak terutamanya pemimpin politik dan penjawat awam perlu bertanggung jawab membantu mengembalikan keyakinan umum kepada agensi penguatkuasaan negara terutama kepada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM), SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.

Justeru itu, katanya, pemimpin-pemimpin politik yang dikaitkan dengan tuduhan salah laku boleh membantu agensi penguatkuasaan kita dengan sekurang-kurangnya bercuti sementara daripada menjalankan tugas rasmi sehingga siasatan ke atas mereka selesai dijalankan sepenuhnya.

“Tindakan ini penting bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan tugas dengan bebas dan adil serta menunjukkan kepada masyarakat bahawa pemimpin-pemimpin ini tidak cuba berselindung di sebalik jawatan tinggi, kedudukan di dalam parti apatah lagi di belakang Perdana Menteri sebagai perisai pertahanan mereka,” katanya.

Mengambil contoh jika seseorang pegawai kerajaan yang berhadapan dengan siasatan pihak berkuasa, beliau akan dilepaskan dari tugasan hakiki buat sementara waktu dan jika didakwa dimahkamah, beliau akan digantung tugas serta-merta.

“Saya juga ingin mengingatkan bahawa jasa bakti serta kedudukan penting seseorang itu tidak bolehmengaburi kedaulatan undang-undang.

“Undang-undang harus ‘buta’ daripada ketidakadilan apatah lagimemilih bulu,” katanya.

Video seks yang tular itu melibatkan bekas setiausaha sulit kanannya, Mohd. Haziq Abdul Aziz yang kemudiannya mengaku dan mengaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.