Pesawat Air India

ISLAMABAD – Pakistan telah membuka semula ruang udaranya untuk penerbangan awam, hampir lima bulan selepas menutupnya susulan ketegangan hubungan dengan India.

Penutupan ruang itu menjejaskan syarikat penerbangan India berjuta-juta dolar apabila terpaksa mengalihkan laluan penerbangan.

Air India antara syarikat penerbangan yang mengalami kerugian teruk.

Air India, SpiceJet, IndiGo dan GoAir mengalami kerugian hampir AS$80 juta disebabkan penutupan ruang udara Pakistan, menurut Menteri Penerbangan India, Hardeep Singh Puri di Parlimen baru-baru ini.

Pakistan menutup ruang udaranya pada bulan 26 Februari lalu selepas India melakukan serangan udara yang didakwa sebagai latihan kem pengganas di Balakot.

Serangan itu adalah pembalasan terhadap pengeboman bunuh diri di Kashmir hingga membunuh lebih daripada 40 askar India.

“Berkuatkuasa serta-merta, ruang udara Pakistan telah dibuka untuk semua jenis trafik awam bagi laluan perkhidmatan trafik udara,” menurut notis yang diterbitkan di laman sesawang pihak berkuasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast