Usahawan Kosmetik, Datuk Seri Vida menunjukkan barang kemas dan berlian pada sidang media mengenai pemberian barang kemas dan berlian kepada penyanyi, Aishah di One World Hotel, Bandar Utama, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 17 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida berharap penyanyi Aishah dapat mengumpul lebih banyak koleksi berlian pada masa akan datang.

Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman turut mendoakan penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu turut mendapat banyak show atau tawaran persembahan selepas ini.

“Saya harap penyerahan barang kemas ini akan menamatkan semua kemelut dan isu yang melanda.

“Kalau saya jumpa dia (Aishah) pun lepas ni tak ada masalah, saya boleh tanya macam mana berlian?

“Saya juga mendoakan Aishah dimurahkan rezeki lagi selepas ini,” katanya.

Vida ditemui pada sidang media penyerahan barang kemas kepada Aishah di One World Hotel, Petaling Jaya, di sini hari ini.

Vida mempamerkan lima jenis barang kemas bernilai RM80,000 sebagai ganti rugi kepada penyanyi Aishah.

Lima jenis barang kemas yang dipilih penyanyi itu terdiri daripada dua butir berlian dan tiga bentuk cincin termasuk satu cincin lelaki.

Mengulas lanjut, Vida mendedahkn perniagaannya turut menerima tempias sehingga mengalami kerugian hampir 80 peratus sejak isu kontroversi itu timbul pada September lalu.

Dari segi nilai pula, dia menganggarkan kerugian yang dialaminya hampir RM10 juta selain merosakkan reputasi perniagaan yang dibina sejak sekian lama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast