Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat akan alami gangguan bekalan air dan tekanan rendah ekoran ketiga-tiga Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 terpaksa dihenti tugas ekoran pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Selangor.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd berkata, usaha sedang diambil bagi mengatasi masalah ini.

Pada perkembangan lain, kerja-kerja pembaikan paip pecah berhampiran Hotel Flamingo, Ampang telah siap dilaksanakan dan bekalan di sistem utama telah dibuka dan proses pemulihan bekalan air sedang berlangsung secara berperingkat.

Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki digerakkan ke kawasan terjejas dengan keutamaan kepada pengguna dan premis kritikal hingga bekalan air pulih sepenuhnya. – MalaysiaGazette