Bayi berkepala tiga dengan kelihatan seperti Alien mengejutkan pasukan pakar bedah dan pakar sakit puan di Uttar Pradesh, India.

INDIA – Seorang wanita mengejutkan para doktor di Pusat Kesihatan Etah, Uttar Pradesh apabila melahirkan bayi ‘berkepala tiga’.

Kelahiran bayi itu pada 11 Julai lalu disifatkan sebagai  ‘encephalocele’ (kelainan kongenital) dalam terma perubatan.

Wanita yang berasal dari kampung Pilua melahirkan bayi perempuan yang mempunyai dua ketumbuhan saiz kepala di belakang tengkorak.

Wanita itu dimasukkan untuk bersalin selepas mengalami kesakitan.

Doktornya Bijji Thakur yang menyambut kelahiran bayi itu berkata, bayi yang mempunyai ‘tiga kepala; dan kelihatan seperti makhluk asing.

Oleh kerana klinik itu tidak mempunyai kemudahan perubatan yang lengkap, wanita dan bayinya dirujuk ke Hospital Daerah Etah.

Di situ wanita itu akan menjalani imbasan MRI yang akan memberi doktor imej terperinci gambaran dalaman anggota bayi itu.

Ketua Superintendan Perubatan Hospital Etah, Rajesh Thakur berkata, pasukan doktor pakar akan memisahkan dua kepala di belakang tengkorak bayi selepas imbasan MRI.

Kes kelahiran luar biasa itu dilaporkan di Afrika sebelum ini.

Ketumbuhan menyerupai kepala didakwa disebabkan oleh pertumbuhan tengkorak yang tidak sempurna.

Sebanyak 75 peratus bayi yang terselamat dengan ketumbuhan ganjil seperti ini dikatakan akan mengalami penyakit mental.

Pada Mac lalu, sekumpulan pakar bedah di India berjaya memisahkan bayi yang lahir dengan dua kepala di Institut Sains Perubatan Sher-e-Kashmir di negeri Jammu, Kashmir.- MalaysiaGazette