Dr Ismail Bakar
Dr. Ismail Bakar

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2018 Siri 1 menunjukkan prestasi pengurusan kewangan serta projek yang bertambah baik dan cemerlang.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Negara, Dr. Ismail Bakar berkata, LKAN perlu dijadikan sebagai satu lesson learnt kepada semua kementerian.

Ia bagi untuk mengambil tindakan pembetulan seperti yang dibangkitkan oleh pihak audit dalam memastikan kelemahan yang sama tidak lagi berulang pada masa hadapan.

Prosedur dan pekeliling kewangan harus dipatuhi agar program, aktiviti atau projek dilaksanakan dengan cekap dimana pengurusan dana awam ditadbir urus dengan baik (good governance) yang sama sekali akan mengurangkan
pembaziran.

“Perancangan dan pemantauan projek kerajaan harus dibuat dengan lebih teliti dan kerap oleh semua kementerian supaya tidak berlaku sebarang permasalahan seperti kelewatan atau terbengkalai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail, sebagai usaha memperkukuhkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam semua kementerian juga diminta untuk membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi
(OACP) di bawah Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP).

Ia bagi mengenalpasti dan menangani kelemahan governans, integriti dan antirasuah dalam organisasi seterusnya dapat mengatasi permasalahan pengurusan kewangan yang tidak cekap. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast