KUALA LUMPUR – Saham Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur dengan sentimen berhati-hati pelabur terhadap asas pasaran susulan persekitaran dagangan menerima tekanan baharu daripada ketegangan di Asia Barat.

Ketika dibuka, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 1.76 mata kepada 1,656.43 berbanding paras penutup minggu dagangan yang lalu 1658.19 pada Jumaat.

Ia dibuka 0.09 mata lebih tinggi kepada 1,658.28.

Pasaran didagangkan dalam sentimen positif dengan 109 kaunter untung mengatasi 45 rugi manakala 165 kaunter tidak berubah, 1,570 tidak didagangkan dan 18 digantung.

Pulangan berada pada 72.71 juta unit bernilai RM16.19 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast