KUALA LUMPUR – Pengguna Malaysia berada pada kedudukan ke-10 paling yakin di seluruh dunia berdasarkan kajian Conference Board Global Consumer Confidence.

Kajian ini dibuat kerjasama Nielsen.

Nielsen dalam satu kenyataan berkata, Malaysia menduduki tempat ke-10 di peringkat global dalam Indeks Keyakinan Pengguna (CCI) tinjauan, dengan skor 110 mata pada suku kedua 2019 (2Q19).

Ia merupakan suku keenam berturut-turut optimisme pengguna telah dinikmati oleh Malaysia, selepas mengalami pesimis sejak 17 suku berturut-turut.

Bagaimanapun, skor indeks keyakinan pengguna telah merosot pada setiap suku tahun dan setiap tahun dan skor 110 masih dilihat positif, memandangkan majoriti pengguna terus positif terhadap isu-isu sumber pendapatan seperti kewangan peribadi dan prospek pekerjaan.

Menurut Nielsen, skor CCI 2Q19 Malaysia sebanyak 110 mata adalah penurunan berbanding 115 mata yang dicatatkan pada suku pertama 2019.

Tahun lalu, Malaysia merekodkan skor 117 mata dalam CCI pada suku kedua 2018.

“CCI didorong oleh tiga indikator, yang merupakan persepsi pengguna terhadap prospek pekerjaan tempatan, kewangan peribadi dan niat/ kesediaan untuk dibelanjakan.

“Kesediaan rakyat Malaysia untuk berbelanja tidak berubah pada setiap suku tahun dan tahunan, namun persepsi tentang prospek pekerjaan dan peribadi kewangan telah menurun dalam tempoh masa yang sama,” kata Pengarah Urusan Nielsen Malaysia, Luca De Nard

Sebanyak 63 peratus rakyat Malaysia percaya kedudukan kewangan peribadi mereka dalam tempoh 12 bulan akan datang adalah sangat baik atau baik berbanding 71 peratus pada suku pertama 2019, 69 peratus pada suku kedua 2018).

Katanya, 63 peratus mempunyai pandangan positif terhadap prospek pekerjaan dalam tempoh 12 bulan akan datang berbanding 70 peratus dalam suku pertama 2019 dan 73 peratus pada suku kedua 2018.

Manakala 48 peratus berkata, sekarang ini adalah masa untuk membeli perkara yang mereka mahu dan keperluan (sejajar dengan 48 peratus pada suku pertama 2019 dan 50 peratus pada suku kedua 2018.

De Nard berkata, walaupun ekonomi dan keselamatan pekerjaan sentiasa didahulukan oleh rakyat Malaysia sejak tiga tahun yang lalu, terdapat penurunan berterusan dalam kebimbangan terhadap harga makanan, bahan bakar dan utiliti yang lebih tinggi, “dikaitkan dengan inflasi rendah yang dialami baru-baru ini”.

Tambahnya, rakyat Malaysia kini menjadi semakin bimbang tentang keadaan kesihatan mereka terutama penyakit berkaitan gaya hidup di seperti diabetes, penyakit jantung, obesiti dan darah tinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast