TERKINI : Jaminan Kerajaan Timbang Had Jumlah Hutang Negara – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk menghadkan paras siling jaminan kerajaan seperti yang dilakukan terhadap hutang negara.

Menurut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahatir Mohamad, kerajaan tidak mahu melihat jaminan terlalu besar seperti yang dilakukan terhadap 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

“Sepatutnya ada had kepada jumlah hutang yang boleh dijamin kerajaan.

“Jika hutang, kita hadkan tidak melebihi 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).